Seringkali kita lihat di sekeliling kita
satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabatnya, itu
dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi
tanggung jawab sesetengah dari pada manusia di sekelilingnya untuk
menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu
kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua
golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.
Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa
yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk
melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah
diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi coba kamu tepuk dada dan tanya
diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan sholat jenazah jika orang
tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan
terakhir (sholat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?
Persediaan solat jenazah:
- Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
- Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
- Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
- Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk sholat jenazah
dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut
melebihi 40 orang. Dalam sholat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi
makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di
hadapan.
Cara sholat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ
اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan
membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, kamu bolelah
membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas
(1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali),
ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar